fbpx

Pemandu teksi wajib ambil ujian bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu teksi di Lincolnshire diarah mengambil ujian bahasa Inggeris atau mereka berdepan hukuman pembatalan lesen memandu. - REX/Shutterstock

LONDON –  Pemandu teksi di Lincolnshire, England diarah mengambil ujian bahasa Inggeris atau mereka berdepan hukuman lesen memandu dibatalkan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Majlis Daerah Kesteven Selatan memperkenalkan peraturan itu pada Ogos lalu selepas  menerima banyak aduan daripada penumpang mengenai ‘tahap pertuturan  bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan pemandu teksi’.

Pada mulanya, peraturan itu  terpakai kepada pemandu teksi baharu tetapi kini pemandu teksi sedia ada turut diberitahu bahawa mereka perlu menduduki  ujian tersebut.

Pemandu teksi perlu membayar yuran £46.50 (RM260) bagi mengambil ujian itu, melainkan mereka dapat membuktikan mempunyai kelayakan yang sesuai.

Pemandu-pemandu teksi bagaimanapun menyifatkan peraturan itu sebagai ‘keterlaluan’, dengan seorang daripada mereka berkata, mustahil untuk dia menjejaki kelayakan sekolah yang diambilnya lebih 50 tahun lalu.

Barry Drake  yang telah menjadi pemandu teksi di Lincolnshire selama 17 tahun memberitahu akhbar Times bahawa amat memalukan untuk dia membayar bagi mengambil ujian kemahiran bahasa Inggeris.

“Saya orang Inggeris. Pihak majlis tahu saya orang Inggeris. Saya sudah berumur 70 tahun,” katanya.

Majlis Daerah Kesteven Selatan berkata, ujian itu menilai penggunaan ayat, perbendaharaan kata, kefasihan dan sebutan.

Pemohon pula perlu mendapat markah 47 daripada 80 untuk lulus ujian tersebut.

“Objektif utama Dasar Perlesenan Pengangkutan Hackney adalah untuk memastikan teksi dan kereta sewa persendirian selamat, cekap dan berkesan. 

“Sebagai sebahagian daripada matlamat ini, adalah penting untuk memastikan pemandu mempunyai pemahaman baik tentang bahasa Inggeris,” kata seorang pegawai tempatan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI