fbpx

253 wanita ‘dipulihkan’ MAIS dalam tempoh lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 22 pelatih menerima Anugerah Khas Baitul Ehsan, Anugerah Disiplin Terbaik, Anugerah Sahsiah dan Kepimpinan, Anugerah Ketua Pelatih Terbaik dan Anugerah Pelajaran Terbaik menerusi Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 253 wanita berjaya dipulihkan selepas mengikuti program pemulihan sosial dan akidah di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tempoh lima tahun sejak 2019.

Menerusi kenyataannya MAIS berkata, pelbagai program dirancang dan dilaksanakan setiap tahun bagi melancarkan proses pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan serta kawalan agar golongan itu kembali ke pangkal jalan.

“Angka ini menunjukkan MAIS komited menghasilkan insan yang baik akhlak, rohani dan berkualiti. Diharapkan masyarakat luar sana dapat memberi sokongan kepada mereka.

“Kepada mereka yang ada masalah sosial dan ingin berubah, boleh berhubung terus dengan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS,” kata kenyataan itu.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam merupakan salah sebuah Rumah Pemulihan Majlis (RPM) di bawah pengurusan MAIS.

Ia menempatkan golongan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial serta akidah, selain memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan rohani juga jasmani.

Selain itu, MAIS mempunyai dua lagi RPM iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah Baitul Islah serta 26 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPR) berdaftar di bawah MAIS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI