fbpx

Dua tekong darat dicekup bawa PATI warga China naik Mazda CX-5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua tekong darat termasuk seorang wanita Thailand (kiri) serta dua lelaki China (kanan) dicekup semasa SUV dinaiki mereka ditahan di SJR Banggol Kong, Pasir Mas semalam. -FOTO IHSAN PGA

PASIR MAS – Hajat dua tekong darat termasuk seorang wanita Thailand untuk memperoleh upah hasil mengangkut dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China tidak kesampaian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka ditahan semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, di sini semalam.

Keempat-empat suspek itu ditahan pada pukul 5.30 petang semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah SUV jenis Mazda CX-5 didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa tiba di SJR berkenaan.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 27 tahun didapati memandu SUV itu dan wanita warganegara Thailand berusia 34 tahun berada di tempat duduk penumpang depan, manakala dua lagi lelaki berada di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, dua lelaki yang duduk di belakang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Mereka juga dipercayai merupakan warganegara China.

“Selepas siasatan dijalankan, lelaki dan wanita Thailand itu dipercayai berperanan sebagai tekong darat dengan menyeludup kedua-dua lelaki tersebut melalui jalan yang tidak sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, anggota PGA turut merampas lima unit telefon bimbit bernilai RM14,000, wang tunai mata wang Bath sebanyak RM5,949 dan mata wang Ringgit Malaysia berjumlah RM700 daripada kesemua suspek. Keempat-empat suspek diserahkan kepada Balai Polis Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI