fbpx

Teh tarik lebih banyak mudarat walau sedap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rasa lemak dan sedap teh tarik kegemaran rakyat Malaysia sebenarnya bukan daripada susu, tetapi gula memberi lebih kemudaratan kepada kesihatan.

Menurut Public Health Malaysia di Facebook, kebanyakan susu pekat manis yang digunakan dalam teh tarik mengandungi lebih 40 peratus gula dan minyak sawit, bukan susu tulen.

“Setiap cawan teh tarik mengandungi beberapa sudu gula yang boleh menyebabkan peningkatan berat badan, kerosakan gigi, diabetes, dan serangan jantung,” ujar kenyataan itu.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen menyatakan kekecewaan mereka terhadap produk manis bergula yang semakin banyak di pasaran.

“Kasihan generasi ini sebab banyak minuman dan makanan tular yang tidak sihat muncul di pasaran,” kata Faizam Harun.

“Sekarang ramai orang dalam usia 30-an menghidap penyakit seperti gout, kencing manis, dan darah tinggi,” tambah Niel Kobayashi Hezron.

Ini menunjukkan betapa masyarakat semakin menyedari pentingnya mengurangkan gula dalam diet harian, selari dengan gaya hidup yang lebih sihat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI