fbpx

Sainz sudah hampir putus asa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ ketinggalan 48 minit keseluruhan selepas dua kali tersesat pada perlumbaan peringkat kelima Rali Dakar semalam. - AFP

RIYADH – Pelumba veteran, Carlos Sainz semakin hilang sabar beraksi pada perlumbaan lasak paling sukar di dunia, Rali Dakar kali ini apabila tersesat seba­nyak dua kali ketika perlumbaan tersebut memasuki peringkat kelima semalam.

Juara musim lalu tersebut mengakui sudah muak untuk berdepan masalah navigasi apabila kini ketinggalan 48 minit ketika perlumbaan berbaki tujuh lagi peringkat.

Bukan hanya Sainz, malah rakan sepasukannya di Mini X-Raid, Stephane Peterhansel dan juga pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing, Nasser Al-Attiyah juga mengalami masalah yang sama.

Meskipun Sainz terus ber­usaha memperbaiki catatan masa, namun dia gagal untuk me­lakukannya sekali gus menyaksikan pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing, Giniel de Villiers muncul juara pada perlumbaan peringkat kelima tersebut.

“Saya akui hilang semangat dan kecewa kerana perlumbaan kali ini bukan seperti rali kebiasaan. Perlumbaan ini lebih sukar daripada apa yang saya jangkakan dan ia benar-benar memberi masalah kepada kami.

“Saya sudah mengikuti Rali Dakar sebanyak 14 kali dan tak pernah sesat dalam tempoh dua hari. Lebih buruk, kami ke­tinggalan untuk tempoh sete­ngah jam dalam satu perlumbaan.

“Masalah navigasi memberi masalah kepada kami dan bagi saya, ia bukan perlumbaan Rali Dakar. Saya tak menyukai perlumbaan ini dan muak serta berputus asa,” kata Sainz.

Rali Dakar 2021 tampil de­ngan peraturan baharu apabila panduan perjalanan hanya dise­rahkan kepada pelumba 15 minit sebelum bermula, menyukarkan pelumba me­rancang perjalanan.

Peraturan itu kali pertama digunakan berbanding tahun-tahun sebelum ini yang mana pelumba diberikan sehari lebih awal untuk merancang destinasi perlumbaan mereka pada perlumbaan sebenar bagi mengelakkan melakukan kesilapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI