SIBU – Seorang lelaki cedera selepas ditembak individu yang tidak dikenali sewaktu menunggu untuk menjemput anaknya pulang dari sekolah di Jalan Tekam, di sini petang tadi.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an terkena tembakan di belakang badan.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan duduk di kerusi pemandu dan seorang lelaki bersenjata tiba-tiba muncul dari tepi sebelum melepaskan tembakan dan melarikan diri.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa membuka pintu kereta untuk meminta bantuan sebelum rebah di tepi jalan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE.