fbpx

[VIDEO] Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya secocok sepadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Muhammad Iskandar dan isteri, Tengku Natasya Puteri semasa Istiadat Penyerahan Mas Kahwin di Istana Abdulaziz, Kuantan malam ini.

PETALING JAYA – Ramai yang memuji ketampanan dan kecantikan pasangan pengantin diraja, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan yang selamat dinikahkan malam ini.

Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai bukan sahaja menyifatkan pasangan tersebut sebagai secocok dan sepadan, malah mereka turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

“Sama cantik, sama padan,” komen Maria Zara menerusi TikTok.

“Masya-Allah cantiknya Tengku Natasya,” komen MissTikTok222.

“Alhamdulillah, tahniah untuk pasangan pengantin baharu,” kata LJ Linda Hamid.

Terdahulu, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang malam ini.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Tengku Muhammad Iskandar tampak segak dengan mengenakan baju Melayu warna putih lengkap dengan samping songket, manakala Tengku Natasya Puteri kelihatan anggun dengan busana dengan warna sedondon.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula dilihat mengenakan sepersalinan sedondon berwarna hijau.

Selepas Istiadat Akad Nikah, majlis diteruskan dengan Istiadat Penyerahan Mas Kahwin dan Istiadat Merenjis.

Terdahulu, bacaan khutbah nikah disampaikan oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.

Hadir sama pada istiadat tersebut, ibu pengantin perempuan Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Sementara itu, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada esok, manakala Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini.

Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diteruskan mengikut susunan Adat Istiadat Pahang dengan Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober di Istana Abdulaziz. – KOSMO! ONLINE.

@velvet_latte92 Alhamdulillah,,Sah … Alhamdulillah dah jadi suami kepada Tengku Natasya Adnan 🤭🤲🏻🥰 #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #tabtms #tabtna #PahangRoyalFamily #RoyalPahang #majlisperkahwinandiraja #fyp ♬ bunyi asal – 🌼R.A✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI