fbpx

[VIDEO] Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya selamat diijab kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Muhammad Iskandar dinikahkan bapa pengantin perempuan, Tengku Adnan pada Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan tadi.

PETALING JAYA – Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan sah bergelar suami isteri dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang malam ini.

Pasangan Pengantin Diraja itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Tengku Muhammad Iskandar tampak segak dengan mengenakan baju Melayu warna putih lengkap dengan samping songket.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula dilihat mengenakan sepersalinan sedondon berwarna hijau.

Terdahulu, bacaan khutbah nikah disampaikan oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.

Hadir sama pada istiadat tersebut, ibu pengantin perempuan Datin Seri Anggraini Sentiyaki. – KOSMO! ONLINE.

@tengku.natasya5 Alhamdulillah🕊️✨ #tengkunatasya #tengkumuhammad #pahangroyalfamily #doayangbaikbaik #perkahwinandiraja #fypシ゚viral #fypage #weddingday ♬ Lagu Pernikahan Kita – Tiara Andini & Arsy Widianto

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI