fbpx

Yastremska digantung gagal ujian doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASTREMSKA digantung sementara apabila ujian doping yang dijalankan mendapati terdapat bahan terlarang. – AFP

LONDON – Bintang tenis Ukraine, Dayana Yastremska mengakui terkejut selepas digantung sementara oleh Agensi Anti-doping Dunia (WADA) apabila mendapati pemain ranking No.29 dunia itu gagal dalam ujian doping dilakukan terhadapannya.

Pemain berusia 20 tahun itu menegaskan dia menerima berita pergantungan tersebut selepas dihubungi oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

Katanya, ITF menjelaskan bahawa ujian air kencing mendapati dia positif mengambil bahan terlarang seperti mesterolone metabolite.

Bagaimanapun, Yastremska mengakui tidak mengambil bahan terlarang tersebut dan ketika menyertai kejohanan WTA Terbuka Linz mendapati ujian doping ke atas dirinya adalah negatif.

“Saya dengan tegas menyatakan bahawa saya tidak pernah mengambil sebarang ubat peningkatan prestasi atau bahan terlarang ketika menyertai sebarang kejohanan.

“Sudah pasti saya sangat terkejut dengan laporan ini kerana dua minggu sebelum ujian ini dilakukan saya telah menyertai acara WTA di Linz dan mendapati ujian saya adalah negatif ketika itu.

“Saya tidak dapat berkongsi maklumat lebih lanjut pada tahap ini.

“Bagaimanapun, saya kini bekerjasama dengan pasukan dan bertekad untuk membersihkan nama saya terhadap kes ini,” kata Yas­tremska.

ITF juga tidak mengeluarkan kenyataan bila sebutan kes Yastremska akan diadakan.

Kemungkinan pemain tenis Ukraine itu bakal terlepas untuk menyertai kejohanan Grand Slam pertama di Terbuka Australia pada 8 hingga 21 Februari ini nanti di Melbourne. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI