fbpx

‘Panjang umur awak dik, sikit lagi nak kena langgar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang murid nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila sebuah kereta yang dipandu laju hampir melanggarnya ketika melintas di hadapan sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan pagi tadi.

Berdasarkan rakaman papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook, kejadian tersebut berlaku ketika sekumpulan murid sedang melintas menggunakan laluan yang ditetapkan.

Walaupun lampu isyarat pejalan kaki hijau, pemandu tersebut tidak memperlahankan kenderaan, sebaliknya meneruskan perjalanan menyebabkan murid-murid tersebut terpaksa mengundur bagi mengelak dirempuh.

Pada saat ke-13 rakaman video itu, kelihatan beg yang dipegang murid lelaki tersebut terpelanting ke seberang jalan.

Hantaran video tersebut meraih perhatian orang ramai dengan rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pemandu kereta terbabit yang hampir meragut nyawa kanak-kanak.

“Depan sekolah sewaktu budak keluar (sekolah), depan masjid semasa orang keluar sembahyang. Ada segelintir pemandu pakat laju, tekan pedal sambil berdiri kot,” katanya Mohamad Aiman Ismail.

“Buat laporan polis, biar kena saman. Pelajar itu kalau ada kecederaan, minta pampasan,” cadang Muhammad Sufiyan.

“Betul-betul tidak nampak ke lampu isyarat? Mesti main telefon,” kata Mad Ieda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI