fbpx

Ada dua burger dalam pizza, kelainan unik Domino’s Pizza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja, Linda Hassan (tengah) pada majlis pengenalan produk baharu pizza terbaharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s) memperkenalkan ide terkini yang  berinovatif dengan pengenalan menu, dua burger dalam pizza yang mana ia dipenuhi dengan kepingan patti daging lembu sebagai topping dan juga dijadikan inti dibakar dalam kerak ban burger.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes, menu yang pertama seumpamanya bagi dua burger dalam satu pizza itu boleh didapati secara eksklusif hanya di Domino’s melalui Double Cheeseburger Pizza.

Menurut beliau, syarikat  bekerja keras untuk menyampaikan apa yang digemari rakyat dan jelas bahawa burger adalah sebahagian besar makanan yang masyarakat  sukai serta tidak kisah menikmatinya sama ada burger jalanan atau burger di restoran. 

“Walaupun kami terkenal dengan kepakaran menghasilkan pizza yang lazat, ini tidak bermakna kami tidak boleh menyajikan burger yang hebat juga!

“Kini, kedua-dua pencinta pizza dan burger boleh menikmati kedua-dua hidangan ini bersama-sama dan inilah yang Domino’s maksudkan dengan memberikan orang ramai pengalaman menikmati hidangan yang lazat.

“Ia adalah inovatif  pertama seumpamanya bagi dua burger dalam satu piza yang boleh didapati secara eksklusif hanya di Domino’s melalui Double Cheeseburger Pizza” jelas beliau.

Selain itu, Joannes menerangkan, pizza itu menampilkan kerak ban burger berinti patti daging yang disalut ikeju cheddar cair, menjadikan setiap gigitan daripada kerak pengalaman seperti memakan burger yang sebenar. 

Di atasnya pizza itu pula ditambah dengan satu lagi lapisan patti daging enak, bersama dengan bawang, jeruk, dan sos burger khas Domino’s yang pertama untuk melengkapkan rasa burger keju klasik. 

“Pizza yang menarik ini terdapat dalam pelbagai perisa termasuk Double Beef Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger) dan Double Chicken Cheeseburger Pizza (dengan kerak ban burger). 

“Pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati piza ini tanpa kerak ban burger. Untuk menambahkan lagi kelazatan, pelanggan boleh menambah hirisan daging salai untuk rasa yang lebih nikmat,” jelas beliau.

Selain itu, hidangan tersebut turut dimuatkan dengan menu sampingan seperti Loaded Cheeseburger Crispy Fries, dihiasi dengan topping patti daging lembu, sos mayo berkrim dan sos burger istimewa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI