fbpx

Rugi besar badminton digugurkan – Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOOI YIK (dua dari kanan) menerima insentif RM50,000 daripada Wilayah Persekutuan atas pencapaiannya di Sukan Olimpik Paris 2024.

JAGUH badminton beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik tidak menjangka sukan badminton akan digugurkan daripada senarai acara dipertandingkan pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland.

Pada asalnya, Sukan Komanwel 2026 sepatutnya diadakan di Victoria, Australia, namun penganjur menarik diri dan Glasgow yang pernah menjadi tuan rumah pada 2014, mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan edisi ke-23 itu dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Wooi Yik, 26, terkejut dengan keputusan tersebut kerana badminton sering menjadi penyumbang utama pingat bagi kontinjen Malaysia dalam temasya tersebut.

“Saya terkejut bila mendengar berita ini. Badminton banyak menyumbang pingat untuk Malaysia. Apapun, saya yakin sukan-sukan lain masih boleh memberi impak positif dan menyumbang pingat buat negara dalam temasya itu,” katanya.

Selepas badminton digugurkan dari Sukan Komanwel 2026, fokus Wooi Yik dan skuad negara kini beralih kepada Sukan Asia.

“Lepas ini, kita juga ada Sukan Asia dan kita akan fokus sepenuhnya ke arah itu,” katanya.

Sebagai rekod, sukan badminton telah menjadi sebahagian daripada temasya Sukan Komanwel selama 14 edisi berturut-turut sejak mula dipertandingkan pada tahun 1966 di Kingston, Jamaica.

Badminton antara penyumbang terbesar kejayaan Malaysia di temasya tersebut dengan meraih 31 pingat emas, 22 perak dan 16 gangsa.

Pada edisi 2022 di Birmingham, skuad badminton negara berjaya membawa pulang dua emas menerusi gandingan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan berpasukan campuran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI