fbpx

Sindiket upah remaja beli petrol untuk seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbullah mendedahkan modus operandi sindiket yang mengupah remaja membeli petrol di stesen-stesen minyak di seluruh Perlis.

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Perlis mendedahkan ada sindiket yang mengupah remaja untuk membeli petrol di stesen minyak dipercayai untuk diseleweng.

Pengarah KPDN Perlis, Hasbullah Abd. Rashid berkata, pihaknya mengesan modus operandi terbaharu itu yang melibatkan pembelian petrol bersubsidi secara kecil-kecilan.

“Bahan bakar itu diisi ke dalam bekas minyak atau ‘jerry can’ sebelum dikumpul di tempat penyimpanan di lokasi tertentu. Kita tidak menolak ia digunakan untuk tujuan penyeludupan.

“Mereka mengupah remaja dengan bayaran RM100 untuk satu trip (pada kadar tertentu) dan boleh mencecah sehingga lima trip sehari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Taktik itu dipercayai cuba mengalih perhatian pihak berkuasa dan KPDN dalam memantau rapat perkara tersebut termasuk mendapatkan maklumat daripada orang awam.

“Dua lagi modus operandi yang biasa digunakan adalah membeli dan menghimpunkan bahan bakar di stor lama yang tersorok sebelum dibawa keluar pada waktu tertentu melalui mod pengangkutan di darat dan perairan ke negara jiran.

“Selain itu, ada juga kenderaan yang mengisi minyak melebihi kapasiti dan pergi ke negara jiran seolah-oleh seperti pelancong lalu membuat pemindahan bahan bakar di sana,” ujarnya.

Hasbullah berkata, sebanyak 92 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sejak 1 Januari hingga 23 Oktober lalu dengan nilai rampasan RM1.2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI