fbpx

Pesara bomba dijel 6 bulan, ajar anak ajaran Ahmadi Religion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zolekafeli ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang pesara bomba dipenjara enam bulan dan dikenakan denda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengajar ajaran salah The Ahmadi Religion of Peace and Light kepada anaknya.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menjatuhkan hukuman itu terhadap Zolekafeli Abd. Ghani, 60, selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan menimbang rayuan tertuduh.

Tertuduh berdepan hukuman penjara tambahan dua minggu sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, Zolekafeli didapati mengajar ajaran salah kepada anaknya berusia 30 tahun yang berlawanan dengan hukum syarak dengan menyatakan Abdullah Hashim adalah Imam Mahdi ketiga dan mendakwa roh Allah ada pada Abdullah Hashim.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa mengajar ajaran salah kepada anak yang sama dengan mengatakan al-Quran telah ditokok tambah oleh Saidina Umar dan  menyatakan kahwin antara adik-beradik dibenarkan dengan syarat kahwin secara biologi.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Taman Ampangan di sini pada pukul 2 hingga 4.40 petang, 12 Oktober lalu.

Zolekafeli dalam rayuannya memohon hukuman dikurangkan dengan alasan dia menghidap kencing manis, darah tinggi dan jantung selain menanggung tiga anak yang masih belajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI