fbpx

Bongkah simen bangunan jatuh hempap budak 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERPIHAN bongkah simen yang menimpa mangsa di Kompleks Al-Azim, Bukit Baru, Melaka.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas ditimpa serpihan bongkah simen yang pecah di bangunan Kompleks Al-Azim, Bukit Baru, di sini, kelmarin.

Mangsa, Ong Lun Keat bagaimanapun disahkan meninggalkan dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian pada pukul 10 malam itu berlaku ketika mangsa dan adik lelakinya berusia lima tahun mengikuti bapa mereka ke sebuah bank di bangunan tersebut.

“Ketika anak-beranak tersebut keluar dari bank, serpihan bongkah simen daripada struktur bangunan di bahagian atas premis restoran makanan segera bersebelahan jatuh menimpa mereka.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh orang awam, manakala bapanya yang berusia 42 tahun serta adik cedera ringan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, bantuan pernafasan diberikan oleh pasukan perubatan selama 60 minit, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat yang dijalankan mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan impak ditimpa objek berat.

“Laporan polis turut dibuat oleh pengurus restoran segera tersebut bagi tujuan siasatan syarikat dan tuntutan insurans,” katanya.

Siasatan lanjut masih diteruskan, namun setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI