fbpx

Barcelona calon pilihan jadi juara UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA berada dalam kelas tersendiri selepas meledak hatrik ke atas Bayern awal pagi semalam. - AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Hansi Flick enggan menganggap pasukannya layak dilabel sebagai pencabar utama untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas mencipta sensasi membelasah Bayern Munich 4-1 awal pagi semalam.

Menariknya, Raphinha berjaya meledak hatrik bermula minit pertama, m-45 dan m-56 selain satu jaringan daripada Robert Lewandowski dalam aksi di Stadium Lluis Companys Olympic itu.

Ia sekali gus menamatkan rekod buruk The Catalans yang sebelum ini tewas enam pertemuan terakhir dengan Bayern di pentas UCL termasuk diaibkan 2-8 oleh gergasi Jerman itu sewaktu peringkat suku akhir edisi 2019/20.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan kami pencabar kerana kami baru memulakan musim. Cumanya kami boleh lihat sedang berada di landasan yang tepat untuk saingan La Liga dan Liga Juara-Juara.

“Kami jelas sangat bangga dengan keputusan malam ini tetapi pada hari Ahad nanti, kami akan berdepan satu lagi perlawanan sukar menentang pasukan yang namanya dikenali oleh semua.

“Kami mahu mempamerkan satu lagi persembahan hebat dengan keputusan seperti ini dan pasukan berhak mendapatnya,” katanya.

Barcelona yang kali terakhir bergelar juara Eropah pada 2015, kini melonjak ke tangga ke-10 dalam fasa liga UCL dengan enam mata daripada tiga perlawanan setakat ini.

Kemenangan itu sememangnya melonjakkan semangat para pemain The Catalans untuk mengharungi aksi El Clasico menentang seteru tradisi, Real Madrid bagi saingan La Liga di Santiago Bernabeu awal pagi Ahad nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI