fbpx

Indonesia usir kapal Pengawal Pantai China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 20 September 2023 menunjukkan kapal tentera Indonesia, KRI John Lie di perairan Natuna. – AFP

JAKARTA  – Indonesia menyatakan bahawa ia mengusir sebuah kapal Pengawal Pantai China dari perairan pertikaian di Laut China Selatan sebanyak dua kali sejak beberapa hari lalu.

Kapal-kapal China sekali-sekala dikesan memasuki kawasan dituntut Indonesia iaitu Laut Natuna Utara di pinggir selatan Laut China Selatan sekali gus mengundang bantahan Jakarta.

“Kapal Pengawal Pantai China memasuki semula Laut Natuna Utara di bawah kawalan Indonesia semalam,” kata Agensi Keselamatan Maritim Indonesia dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia kemudian memintas dan mengusir  kapal itu, tambahnya.

Agensi berkenaan menyatakan, kapal China itu pertama kali memasuki perairan tuntutan bertindih itu pada Isnin lepas.

Apabila sebuah kapal peronda Indonesia cuba menghubungi kapal China itu menggunakan komunikasi radio, Pengawal Pantai China menyatakan bahawa kawasan itu milik Beijing.

“Kapal China itu mengganggu aktiviti tinjauan oleh syarikat minyak milik negara, Pertamina,” jelas kenyataan sama.

Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia kemudian mengekori kapal China itu dan mengusirnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI