fbpx

[VIDEO] Lelaki curi bateri kereta di Gombak diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang individu mencuri bateri kereta di tempat parkir Giant Batu Caves Selasa lalu.

GOMBAK – Polis sedang mengesan individu lelaki yang disyaki mencuri bateri sebuah kenderaan di tempat letak kenderaan Giant Batu Caves, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian pukul 1.32 pagi semalam.

“Satu laporan berhubung kejadian diterima Balai Polis Gombak pukul 1.32 pagi semalam.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya ringkas.

Semalam, satu video berdurasi 18 saat tular di X @AsalGombak yang memaparkan seorang lelaki membuka bonet depan sebuah kenderaan untuk mencuri bateri.

Merujuk video rakaman papan pemuka (dashcam) kereta itu, lelaki terbabit melakukan kegiatan itu pada pukul 8.08 malam Selasa.

“Berikut rakaman kes kecurian bateri kereta pada malam semalam di Giant Batu Caves. Laporan polis telah pun dibuat.

“Nampak senang betul dia buat ‘job’ tu. Jadi sentiasalah berhati-hati di mana jua anda tinggalkan kereta anda,” tulisnya.

Setakat hari ini, video berkenaan telah ditonton lebih 125,000 pengguna X. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI