fbpx

Rodtang bakal muncul di kejohanan Kuda Merah Muay Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (duduk, empat kiri) bersama penaja dan peserta pada sidang media Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 'King of the Ring' hari ini. FOTO AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kehadiran juara sensasi Muay Thai dunia, Rodtang Jitmuangnon bakal menggamatkan Kejohanan Kuda Merah International Muay Thai Challenge 2024 ‘King Of the Ring’ pada 16 dan 17 November depan.

Legenda ONE Championship dari Thailand itu dijadualkan menghadiri acara Grand Final kali ke-75 berkenaan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Presiden Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur, Rosli Yaacob berkata, seramai 26 peninju terbaik dari dalam dan luar negara akan berentap merebut 13 tali pinggang yang dipertandingkan.

Menurutnya, kejohanan kali ini bakal hangat apabila julung kali melibatkan perlawanan antara 12 peninju tempatan dengan peninju luar negara seperti Thailand, Yemen, Afghanistan, Iran dan Filipina.

Rosli menambah, satu kejuaraan tali pinggang kejohanan itu turut ditaja penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi kategori Wanita Super Fight.

Orang ramai yang mahu mendapatkan tiket menyaksikan kejohanan itu boleh melayari Ticket2U.com atau menghubungi talian 012-7864930. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI