fbpx

97,866 peminjam Mara disenarai hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 97,866 daripada 197,348 peminjam aktif bagi pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara) disenarai hitam kerana gagal membayar ansuran pinjaman dalam tempoh tiga bulan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, tindakan menyenarai hitam peminjam terbabit sebagai langkah pengukuhan kepada pembayaran pinjaman Mara.

Beliau namun menjelaskan, tindakan senarai hitam terhadap peminjam berkenaan terangkum dalam pengurusan Mara saja, tidak membabitkan agensi lain.

“Walaupun ibu bapa dalam senarai hitam, tetapi rundingan boleh
dilaksanakan. Mara ambil pelbagai kaedah asal bayar, maksudnya jumlah dan ansuran itu boleh dikurangkan.

“Pinjaman ibu bapa itu tidak semestinya bayar keseluruhan, bayar tunggakan saja dan ia satu proses yang mudah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai jumlah peminjam yang disenarai hitam dan langkah untuk melonggarkan syarat pinjaman bagi ibu bapa yang disenarai hitam.

Menjawab soalan asal, Rubiah memaklumkan, setakat 23 September 2024, seramai 96,857 pelajar menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran Mara di dalam dan luar negara.

“Dalam negara seramai 90,919 pelajar, manakala luar negara seramai 5,938 pelajar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI