fbpx

Ribut Tropika Trami: Kelajuan angin meningkat sehingga 28 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat menghala ke Vietnam.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, keadaan itu menyebabkan peningkatan kelajuan angin sehingga 28 Oktober ini.

“Ia juga berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi Sabah dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober ini,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web MetMalaysia di pautan www.met.gov.my dan media sosial rasmi jabatan itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI