fbpx

Dewan Rakyat: Perkeso teliti kerangka perlindungan keselamatan 24 jam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang meneliti kerangka perlindungan sosial baharu kepada seramai 7.6 juta pekerja di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, perlindungan sosial baharu itu memberi perlindungan keselamatan sosial 24 jam sehari dan menyeluruh di luar waktu bekerja.

“Secara prinsipnya kerangka ini berupaya merapatkan jurang ketidaksamaan sekali gus memastikan tiada pekerja tercicir daripada mendapat perlindungan pada bila tiba masanya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan V. Sivakumar (PH-Batu Gajah) bilakah skim insurans sosial komprehensif akan dilancarkan bagi melindungi pekerja berpendapatan rendah.

Abdul Rahman menjelaskan, Perkeso menyediakan Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan yang merupakan suatu bentuk insuran perlindungan sosial kepada Orang Berinsurans.

Menurut beliau, faedah di bawah Skim Bencana Kerja adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat dan Kemudahan Pemulihan Jasmani/ Vokasional.

Kata beliau, dibawah Skim Keilatan, faedah-faedah disediakan adalah Pencen Ilat, Bantuan Ilat, Elaun Layanan Sentiasa, Pencen Penakat, Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional / Return To Work/Dialisis, Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pendidik.

“Skim ini turut menyediakan faedah perubatan di mana Orang Berinsurans boleh mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan secara percuma atau secara tuntutan Bayaran Ganti Belanja klinik atau hospital kerajaan atau swasta yang berdaftar dengan Perkeso,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI