fbpx

Kes culik di Gerik, mangsa hanya bermimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PARIT BUNTAR – Kegusaran awam yang ditimbulkan oleh seorang remaja perempuan yang mendakwa dirinya hendak diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Padang, Gerik kelmarin ternyata hanya mainan mimpi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, remaja berkenaan telah datang membuat laporan semula kepada pihak polis bagi memperbetulkan ceritanya mengenai isu culik tersebut.

“Insiden itu sama sekali tidak berlaku dan yang betulnya ialah dia hanya bermimpi dan mimpinya itu diceritakan kepada dua rakan sebayanya yang mana belum habis dia bercerita, rakannya telah memaklumkan kepada guru mereka mengenai perkara itu,” katanya selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kerian Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang di sini hari ini.

Salbiah berkata, meskipun kes tular itu hanyalah sekadar mimpi remaja tersebut namun ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

Semalam, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas selepas hampir menjadi mangsa ‘culik’ dalam kejadian di Kampung Padang selepas sebuah van berwarna putih mengunakan nombor pendaftaran negara jiran telah menghimpitnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI