fbpx

Kontrak perolehan Black Hawk mungkin dibatalkan – Mohamed Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED (tiga dari kanan) ketika hadir Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2024 bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada pembekal mungkin akan dibatalkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak kementerian akan mencari alternatif penyelesaian jangka pendek untuk tempoh lima tahun untuk kegunaan tentera darat.

“30 Oktober, Rabu ini (tempoh akhir), kemungkinannya akan dibatalkan (kontrak) dan kita akan fikirkan bagaimana kita nak cari alternatif. Kita perlu memahami bahawa Black Hawk yang awal itu hanyalah untuk disewa dan hanya dalam tempoh lima tahun, dan bukannya untuk dibeli secara kekal.

“Dalam keadaan kita batalkan itu saya telah minta pihak tentera darat untuk mencari alternatif lain kerana adalah ‘stop gap’ sementara bagi tempoh lima tahun untuk kegunaan tentera darat dan itu biar bahagian teknikal tentera darat tentukan, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2024 bertempat di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, Kota Tinggi, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, Mindef memberi tempoh kepada pihak pembekal sehingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat Black Hawk.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, laporan penuh insiden Kapal Diraja (KD) Pendekar yang tenggelam di Perairan Tanjung Penyusop akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI