fbpx

Tipu jualan emas: Lelaki 62 tahun direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas (tengah) direman bagi membantu siasatan kes penipuan jualan emas di Mahkamah Majistret Jitra, hari ini.

JITRA – Seorang lagi individu direman bagi membantu siasatan kes penipuan jualan emas dengan kerugian mencecah RM48.5 juta di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah tahanan reman selama dua hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 62 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan menaiki trak polis bersama tahanan lain.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis menahan Siti Hajartul Haini Abd. Hamid di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada kelmarin selepas disyaki terlibat kes penipuan jualan emas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima 69 laporan terhadap Siti Hajartul yang dikaitkan dengan kegiatan penipuan pelaburan emas ‘PA Jewellery’ dan ‘Paddy Jewellery’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI