fbpx

41 tukang gunting, urut ‘disapu’ imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam Ops Gegar dan Ops Dandan di Johor Bahru, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Seramai 41 pekerja urut dan tukang gunting warga asing ditahan dalam serbuan Ops Gegar dan Ops Dandan yang dilakukan di sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam serbuan bermula pukul 4 petang itu, seramai 108 warga asing dan warga tempatan diperiksa dalam serbuan di pusat refleksologi dan premis dandanan tersebut.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 41 warga asing ditahan berusia lingkungan 18 hingga 53 tahun.

“Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan 11 wanita warganegara Myanmar, tiga lelaki dan 11 wanita Indonesia serta seorang lelaki dan dua wanita Filipina. Turut ditahan seorang wanita Thailand dan empat wanita Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rusdi memberitahu, tindakan diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit yang sah serta salah guna pas lawatan sosial (PSL).

“Lelaki tempatan yang merupakan majikan warga asing itu turut ditahan atas kesalahan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sebanyak lapan notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI