fbpx

Pakai bandana, tudung Aprena Manrose sudah terbang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA memakai bandana dan menampakkan rambutnya ketika bermain badminton bersama sepupunya semalam.

PETALING JAYA – Selepas pelakon Nelydia Senrose, sepupunya Aprena Manrose pula dilihat tidak lagi memakai tudung.

Perkara tersebut dikongsi menerusi hantaran InstaStory kakak kepada Nelydia iaitu Uqasha Senrose sewaktu mereka bermain badminton, semalam.

Dalam satu video lain, kelihatan Aprena mengenakan bandana putih sekali gus menyerlahkan rambut perangnya yang diikat tinggi.

Menerusi pemerhatian dalam hantaran Instagramnya, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menutup kepalanya dengan sehelai tuala kecil selain hanya menampakkan bahagian leher.

Sebelum ini, Aprena pernah menjadi mangsa kecaman netizen apabila mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan leher seolah-olah petanda dirinya bakal ‘melepaskan’ hijab.

Aprena juga pernah mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat tiga tahun lalu.

Dalam masa sama, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu memohon orang ramai mendoakannya istiqamah, bukan meninggalkan komen pedas atau menyerangnya dalam Instagram.

Adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu memulakan usaha berhijab pada Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan memakai tudung penuh tidak lama kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI