fbpx

Scammer guna kepala surat KWSP tipu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scammer menggunakan taktik baharu dengan menggunakan kepala surat KWSP untuk menipu mangsa.

PETALING JAYA – Pelbagai taktik digunakan oleh penjenayah (scammer) untuk menipu mangsa dan terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan taktik licik scammer yang menggunakan kepala surat (letterhead) KWSP secara berleluasa.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, KWSP meminta orang ramai agar sentiasa menyemak dan mendapatkan maklumat sahih di laman sesawang dan media sosial rasmi agensi itu.

KWSP turut berkongsi surat yang dihantar oleh scammer berkaitan penyerahan semula permohonan pengeluaran yang menggunakan kepala surat KWSP.

Butiran di dalam surat itu meminta pemohon untuk membayar yuran pemprosesan sebanyak RM500.

“Selepas penyerahan semula dan kelulusan permohonan pengeluaran, yuran akan dikembalikan ke akaun bank puan dalam tempoh 30 minit bersama-sama dengan jumlah pengeluaran penuh,” tulis surat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI