fbpx

Remaja 18 tahun pandu SUV rempuh dua beranak naik Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Perodua Bezza dipandu warga Indonesia yang terlibat dalam kemalangan di Taman Sri Impian, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang doktor dan anaknya mengalami kecederaan parah apabila kereta Perodua Bezza yang dinaiki mereka dilanggar Hyundai Inokom Santa Fe dipandu remaja dalam kemalangan di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian, Taman Seri Impian, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.10 petang semalam itu melibatkan seorang warganegara Indonesia, Dr. Agung Nugroho Darmawan, 40, serta anak lelakinya, Said Hassan, 4, dan remaja lelaki, Chung Henry, 18, yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) milik ayahnya.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika remaja lelaki itu dalam perjalanan dari bandar Kluang menuju ke rumahnya di dalam Taman Sri Impian.

“Ketika sampai di Bulatan di Jalan Persiaran Taman Sri Impian, kereta Perodua Bezza dipandu warga Indonesia yang juga Pegawai Perubatan Hospital di KPJ Kluang dikatakan keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelah kiri bulatan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, remaja lelaki berkenaan gagal mengelak dan memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum merempuh bahagian kanan tempat pemandu,” katanya melalui kenyataan semalam.

Menurut Bahrin lagi, akibat kejadian itu, pemandu warganegara Indonesia itu mengalami patah tulang rusuk, kecederaan parah di kepala dan bahagian dalaman badan, kini menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Ujarnya, anak lelakinya turut mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

“Remaja lelaki berkenaan bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI