fbpx

Kuala kangsar, Putrajaya dan Temerloh catat suhu panas cecah 37 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan terdapat tujuh kawasan di Semenanjung mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) ketika ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, kawasan tersebut ialah Larut, Matang dan Kuala Kangsar di Perak.

Selain itu, Gombak dan Petaling di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang.

“Tahap Berjaga-Jaga ialah apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI