fbpx

Cubaan seludup 80 peket minyak masak 1kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak masak peket 1kg yang ditemui dalam kenderaan dinaiki dua lelaki tersebut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu di Gerik kelmarin. - Foto IHSAN KPDN

GERIK – Percubaan dua lelaki warga Thailand menyeludup 80 peket minyak masak 1 kilogram (kg) ke negara tersebut gagal apabila mereka ditahan pihak berkuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu kelmarin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pada hari berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Gerik menerima satu serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut beliau, ia melibatkan individu yang disyaki cuba menyeleweng minyak masak peket 1kg untuk dibawa ke Thailand melalui pintu keluar ICQS Bukit Berapit.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai KPDN Cawangan Gerik mendapati kedua-dua lelaki tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk membawa keluar barang kawalan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata, hasil pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 80 peket minyak masak 1kg dan sebuah kenderaan berpendaftaran asing jenis Isuzu D-Max.

“Kenderaan dan barang kawalan telah disita untuk tindakan lanjut. Jumlah nilai sitaan adalah dianggarkan berjumlah RM40,300,” katanya.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI