fbpx

Kilang tanpa lesen digempur, tahan 38 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi tersebut.

KLANG – Sebuah kilang kitar semula yang beroperasi tanpa lesen digempur dalam Op Lusuh Bersepadu di Taman Perindustrian Pulau Indah, kelmarin.

Operasi bermula pukul 10.30 pagi itu turut menahan 37 pekerja warga asing berusia 20 hingga 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berusia 41 tahun bagi membantu siasatan.

“Kita telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 55B Akta Imigresen atas kesalahan mengambil kerja seseorang yang tidak memiliki pas yang sah.

“Siasatan turut dilakukan Seksyen 6 (1) (c) akta sama kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain melanggar syarat permit mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op lusuh tersebut turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Tenaga Nasional Berhad.

Hoong Fong menjelaskan MBDK turut mengeluarkan empat kompaun terhadap penjaga premis atas kesalahan menyimpan dan memproses logam, tiada lesen iklan serta pejabat urusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI