fbpx

Serangan Turkish Aerospace Industries: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI) yang terletak di Kahramankazan, di Ankara semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan menegaskan, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan.

Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan itu dan semua rakyat Malaysia di Turkiye dinasihatkan untuk kekal tenang.

Katanya, mereka diminta berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan pihak berkuasa tempatan.

“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Turkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera segera sembuh.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul,” katanya hari ini.

Semalam, satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan TAI di ibu negara Turkiye, Ankara yan mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Letupan dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan TAI di daerah Kahramankazan, Ankara.

Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI