fbpx

Tiga beranak pengikut Ahmadi Religion diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Zaki Hamzah (tengah) menunjukkan sebahagian dokumen yang dirampas yang disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran Ahmadi Religion hasil serbuan di sebuah rumah di Ampangan, Seremban petang tadi yang turut berjaya menahan tiga beranak warga tempatan yang disyaki menjadi pengikut ajaran itu.

SEREMBAN – Selepas penangkapan seorang ketua ajaran sesat Cahaya, tiga beranak pula ditahan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Ampangan, di sini, hari ini selepas disyaki menjadi pengikut kepada ajaran Ahmadi Religion.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pasangan suami isteri itu masing-masing berusia lingkungan 60 tahun dan 50 tahun dan anak mereka berusia lewat 20-an merupakan warga tempatan ditahan pasukan penguatkuasan dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas beberapa dokumen termasuk satu unit peranti tablet yang mempunyai kaitan dengan ajaran itu yang secara jelas bertentangan dengan hukum syarak.

“Antara ideologi pengikut ajaran ini adalah mereka menghebahkan kepada masyarakat bahawa Kaabah yang menjadi kiblat kepada umat Islam adalah sebenarnya berada Petra, Jordan.

“Mereka juga menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang ini telah diubah dan diselewengkan oleh Saidina Umar dan menguar-uarkan bahawa syariat Nabi Muhammad SAW tidak lagi boleh dipegang kerana telah berubah masa dan keadaan.

“Mereka (pengikut) juga mendakwa bahawa berpuasa itu bukan pada bulan Ramadan sebaliknya pada bulan Disember.

“Oleh kerana mereka merasakan syariat Nabi Muhammad tidak lagi perlu diikuti mereka tidak lagi bersolat malah dalam siasatan kami juga menemukan bukti-bukti bahawa mereka (suspek) sudah lama tidak bersolat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI