fbpx

Abu Tariq dilantik Presiden CATA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Tariq

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Pentadbir Cukai Negara-Negara Komanwel (CATA) bagi penggal 2024 hingga 2027.

LHDN dalam kenyataan berkata, lantikan itu berkuat kuasa mulai 22 Oktober 2024 semasa 44th CATA Technical Conference di Mauritius.

“Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan penuh negara-negara anggota terhadap kepimpinan Abu Tariq sebagai peneraju dalam mengemudi CATA untuk penggal 2024-2027.

“Ini bukan sahaja merupakan pengiktirafan terhadap Malaysia dan LHDN tetapi juga terhadap ketokohan dan komitmen tinggi beliau untuk membawa pertubuhan ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pengiktirafan itu turut mengangkat suara Malaysia di persada dunia dalam membawa hala tuju yang dinamik sekali gus memangkin
pentadbiran percukaian yang lebih mampan.

Selain itu katanya, CATA adalah pertubuhan percukaian antarabangsa yang dianggotai oleh pentadbir cukai dari 47 negara Komanwel.

“la merupakan pertubuhan percukaian yang terbesar di dunia mengikut bilangan keahlian pentadbir cukai.

“Objektif utama CATA adalah untuk membantu negara-negara anggota mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pentadbiran percukaian,” jelasnya.

Katanya, CATA sehingga kini telah memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan pemodenan pentadbiran percukaian dan penggunaan polisi, proses dan prosedur kerja yang efisien dalam kalangan negara-negara Komanwel terutamanya negara-negara membangun.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI