fbpx

Dewan Rakyat: “Bini telefon ke?”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR – “Bini telefon ke? Kalau agak mustahak sangat, (berbual) di luar sana (luar Dewan Rakyat)”

Demikian sindiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor ke atas seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Teguran itu dibuat terhadap Mohd. Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang menggunakan telefon bimbit ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.

“Yang Berhormat Hulu Selangor, mustahak ke nak bercakap, sampai sini saya dengar,” kata Ramli.

Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 ketika itu oleh Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI