fbpx

Sekarang tembam, Shaheizy Sam ajak peminat kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI sesiapa yang teringin memiliki bentuk tubuh idaman tetapi memerlukan teman sebagai pembakar semangat, boleh sahaja bersama pelakon Shaheizy Sam untuk sama-sama memenuhi misi kurus.

Bintang filem Polis Evo itu sendiri mempelawa peminat untuk menyertai cabaran membakar lemak secara beramai-ramai menerusi pengumuman dalam laman sosialnya.

Dalam video berkenaan, Sam dengan nada teruja mengajak peminat bersama-samanya menurunkan berat badan untuk ke pautan disediakan.

Cuma Mizz Lahar belum tengok lagi apa syarat atau keperluan untuk menyertai cabaran itu tetapi paling pasti pelawaan Sam memang menarik.

Mana tidaknya, sebelum ini suami kepada pelakon Syatilla Melvin sudah membuktikan berjaya membuang lemak hampir 20 kilogram (kg).

Jadi Sam yang ‘menggemukkan’ semula dirinya beberapa bulan lalu demi watak filem diyakini dapat kembali ke berat ideal, sekali gus membuatkan Mizz Lahar pun teringin nak ‘join’.

MIZZ LAHAR: Ada aktres senior ‘pecah lubang’ kononnya sedang dihimpit VVIP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI