fbpx

Dhuha bawa pulang RM41,000 hasil kejayaan di Sukma Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET renang negara, Dhuha membawa pulang RM41,000 hasil kejayaan di Sukma Sarawak pada Ogos lalu.

PUTRAJAYA – Perenang berbakat negara, Muhammad Dhuha Zulfikry meraih durian runtuh dengan membawa pulang RM41,000 selepas mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Perenang berusia 16 tahun tahun tersebut cemerlang di bumi Sarawak apabila membolot enam pingat emas, dua perak selain turut memecahkan empat rekod Sukma. Kejayaan itu membolehkannya dia dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Wilayah Persekutuan.

Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Kontinjen Wilayah Persekutuan tersebut, skuad akuatik renang menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah insentif bernilai RM200,100 hasil kemenangan 16 emas, lapan perak dan tujuh gangsa.

Seramai 354 atlet, 50 jurulatih dan 27 pengurus pasukan bakal menerima insentif kemenangan sebanyak RM1,443,400 juta selepas kejayaan kontinjen Wilayah Persekutuan membolot 75 pingat emas, 65 perak dan 73 gangsa di Sukma Sarawak.

“Saya rasa amat bangga dengan pencapaian saya dan saya gembira kerana menjadi atlet yang meraih insentif paling terbanyak di Wilayah Persekutuan dan saya harap yang Sukma akan datang saya mampu mengekalkan kejayaan seperti ini.

“Mengenai jumlah ganjaran yang saya dapat ini, saya tak fikir lagi dan akan simpan dahulu,” katanya ketika ditemui di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan atlet Wilayah Persekutuan yang beraksi cemerlang di Sarawak.

“Tahniah kepada semua atlet atas semangat juang yang tinggi. Pungutan pingat emas melepasi sasaran, dan Wilayah Persekutuan memberi saingan sengit sepanjang temasya Sukma kali ini,” kata Dr. Zaliha.

Sementara itu perenang wanita, Chong Xin Lin, turut meraih insentif lumayan apabila membawa pulang RM29,000 hasil pungutan empat emas dan dua perak serta turut memecahkan tiga rekod temasya.

Selain akuatik, pasukan gimrama turut mencatat kejayaan gemilang dengan membawa pulang RM90,000 selepas menyapu bersih tujuh pingat emas.

Dalam pada itu, jaguh beregu badminton negara, Soh Wooi Yik turut diraikan apabila membawa pulang RM50,000 atas kejayaan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024 Paris bersama pasangannya, Aaron Chia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN