PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Pahang dan Johor.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 malam itu melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Bagi negeri Johor pula, amaran diberikan di Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE