fbpx

Malaysia sedia pelan evakuasi jika Unifil berundur dari Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (kanan) ketika menyampaikan bantuan kepada penerima di Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Kerajaan bersedia dengan pelan evakuasi untuk membawa keluar kesemua lebih 800 orang pegawai serta anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk pasukan pengamannya berundur dari Lebanon.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, buat masa ini perbincangan sentiasa dilakukan wakil tetap Malaysia ke PBB dan apa sahaja keputusan akan segera dimaklumkan kepada pihak Kementerian Pertahanan.

Jelas beliau, keputusan berundur dari Lubnan berkenaan memerlukan mandat daripada PBB dan bukanlah kehendak negara-negara lain secara bersendirian.

“Buat masa ini masih belum ada keputusan (tentera pengaman berundur atau tidak) tetapi modus operandi, pelan evakuasi semua sudah siap. Mahu bawa ke mana tidak bolehlah diberitahu kerana nanti ada yang serang.

“Cuma ‘ground commander’ yang akan beri maklumat terkini perlu berundur atau tidak. Sebaik sahaja ‘ground commander’ kata mereka mesti dikeluarkan maka gerakan mengevakuasi tentera pengaman PBB termasuk Malaysia akan dibuat secepat mungkin,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan dan Bantuan Am peringkat Parlimen Rembau di sini hari ini.

Tambahnya, pengunduran secara bersama pasukan Malbatt 850-11 di bawah Pasukan Interim PBB di Lubnan (Unifil) itu juga secara tidak langsung akan memberi lebih jaminan serta mendapat perlindungan daripada PBB.

“Ada berbelas negara menyertai Unifil di Lubnan, keadaan di sana amat tegang dan kita telah menyuarakan agar PBB melihat keberadaan Unifil untuk kita buat gerak kerja, sebab kita tidak boleh keluarkan secara unilateral atau bersendirian,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI