fbpx

‘Scammer’ China didakwa tipu pelaburan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA lapan lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan jadi scammer tipu pelaburan tidak wujud, awal bulan ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Enam lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Wu Wei Bin, 38, Zhang Hao, 35, Fan Zi Chao, 33, Lin Wen Jie, 22, Hu Zhi Cong, Liu Bo Nan masing-masing berusia 27 tahun serta Gao Jun Jie dan Feng Xiao Wei berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret R. Salini.

Mereka melakukan pakatan jahat menyalahi undang-undang dengan menipu tawaran pelaburan tidak wujud menggunakan lapan buah komputer riba dan 41 telefon bimbit di sebuah premis di Taman Mount Austin di sini pada 9 Oktober lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas mempertimbangkan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen dan peguam, Chuah Shyue Chien. Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI