fbpx

Restoran ‘piza kokain’ diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail anggota-anggota polis di barat Jerman. - Foto AFP

BERLIN – Polis menyerbu sebuah restoran piza di barat Jerman selepas ia didakwa memberikan pelanggan kokain apabila mereka memesan item nombor 40 yang disenaraikan pada menu, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Apabila polis tiba untuk menahan pengurus restoran premis berkenaan di apartmennya, lelaki berusia 36 tahun itu dilaporkan melemparkan beg dadah ke luar tingkap.

Namun, ia berjaya disambut seorang pegawai polis, kata polis Düsseldorf.

Polis menemui 1.6 kilogram kokain, 400 gram ganja dan €268,000 (RM1.2 juta) dalam bentuk wang tunai di dalam apartmen tersebut.

Pengurus restoran itu dibebaskan oleh polis beberapa hari kemudian tetapi dia membuka semula restorannya dan terus menjual piza yang dicampur dengan dadah.

Penyiasat menggunakan peluang itu untuk meyiasat rantaian bekalan dadah yang terlinat.

Hasilnya, 150 anggota menyerbu dua ladang ganja selain rumah dan perniagaan milik 12 suspek turut diserbu.

Ia menyebabkan tiga orang ditahan termasuk seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki ketua operasi dadah tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI