fbpx

Sogok RM50,000 dapatkan tiga projek kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI SPRM membawa salah seorang individu yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah melibatkan sogokan RM50,000.

JOHOR BAHRU – Dua individu termasuk bekas pegawai kanan jabatan kerajaan direman selama enam hari selepas disyaki menerima sogokan RM50,000 sebagai balasan bagi membantu mendapatkan projek.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an direman bermula hari ini sehingga 28 Oktober depan.

Perintah reman itu dibenarkan oleh Majistret Noor Fazlin Hamdan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan pada pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kesalahan itu sejak 2021 hingga 2024.

“Salah seorang suspek iaitu bekas pegawai kanan disyaki menerima wang RM50,000 secara berperingkat daripada suspek kedua iaitu pengarah syarikat sebagai balasan mendapatkan tiga projek,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI