fbpx

Liga Europa: Mourinho sukar kawal bilik persalinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO masih belum berjaya membuktikan sentuhan terbaiknya bersama Fenerbahce, malah didakwa gagal mengawal keharmonian bilik persalinan pasukan itu. - AFP

ISTANBUL – Pengurus sensasi, Jose Mourinho didakwa gagal menghadirkan sinar buat Fenerbahce selepas dilantik mengendalikan pasukan itu selepas lapan perlawanan saingan Liga Super Turkiye.

Awal pagi esok menyaksikan pasukan itu bakal melayan kunjungan Manchester United pada aksi Liga Europa yang berlangsung di Stadium Sukru Saracoglou sekali gus menjadi aksi getir untuk Mourinho.

Fokus utama pastinya terarah kepada pengendali United, Erik Ten Hag yang sedang menghitung nasibnya bersama pasukan itu, namun legenda Turkiye, Volkan Demirel mengakui bahawa Mourinho juga sedang berdepan situasi sama.

Demirel mendedahkan bahawa bilik persalinan Fenerbahce ketika ini berdepan situasi yang bercampur baur apabila wujud perasaan kurang gembira dalam kalangan pemain serta sebahagiannya mula hilang keyakinan.

“Kenapa mereka tidak gembira? Kerana suasana yang mereka hadapi ketika ini. Kenapa mereka hilang keyakinan? Kerana mereka menjangkakan sesuatu yang hebat daripada Mourinho terutama pada jendela perpindahan.

“Kami menunggu sehingga aksi antarabangsa berakhir, namun tidak ada apa yang berubah dan sepertinya akan kekal seperti itu. Kami mengharapkan ada perubahan, namun itu tidak berlaku,” katanya.

Pada aksi domestik hujung minggu lalu, Fenerbahce berdepan kekecewaan untuk meraih tiga mata selepas hanya mampu seri 2-2 menentang Samsunspor ketika pasukan lawan meraih gol penyamaan pada minit ke-88.

Keputusan itu menyaksikan berada di kedudukan keempat Liga Super Turkiye dan ketinggalan lapan mata berbanding pendahulu, Galatasaray. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI