fbpx

‘Golden Triangle’ punca negara jadi transit dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shazrin Azlin dalam satu temu bual Santai Kementerian dalam negeri (KDN).

PETALING JAYA – Kedudukan Malaysia yang berhampiran segi tiga emas iaitu ‘Golden Triangle’ merupakan faktor negara ini dijadikan transit sindiket penyeludupan dadah.

Timbalan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, Institut Keselamatan Awam Malaysia, Senior Asisten Komisioner Dr. Shazrin Azlin Ruslan berkata, ancaman dadah kekal menjadi musuh utama negara mengundang kebimbangan besar terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Menurutnya, lokasi geografi Malaysia yang berdekatan dengan segi tiga emas ini menjadikan Malaysia sebuah laluan strategik untuk penyeludupan dadah.

“Faktor lain yang menjadi penyumbang dadah sebagai ancaman utama ialah evolusi dadah itu sendiri,” jelas Dr. Shazrin dalam satu temu bual Santai Kementerian dalam negeri (KDN).

Menurutnya, bagaimanapun, strategi untuk menangani ancaman dadah boleh melibatkan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain menekankan pentingnya peranan sekolah, universiti serta institusi keluarga.

“Ibu bapa perlu mendekati anak-anak mereka untuk menghalang penglibatan dalam aktiviti dadah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI