fbpx

20 lagi kompauan tidak patuh SOP dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 20 lagi kompaun dikeluarkan oleh pihak polis kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan bermain banjir di kawasan Kampung Lembah Sireh di sini malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sehubungan dengan itu, beliau sudah mengarahkan pegawai dan anggota polis memasang tali larangan supaya orang ramai tidak menceroboh masuk ke kawasan berhampiran Sungai Kelantan di kampung itu dan Tambatan Diraja untuk melihat limpahan air Sungai Kelantan.

Menurutnya, selain itu, polis juga memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membawa anak-anak kecil bermain banjir kerana ia boleh mengundang bahaya apabila keadaan paras air dilihat semakin meningkat.

“Kita teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba menceroboh kawasan yang terjejas banjir.

“Peringatan ini perlu dipandang serius oleh setiap golongan memandangkan bencana yang berlaku ini bukan satu pesta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Tambatan Diraja di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Suprintendan Mohd.Suhaimi Ali.

Terdahulu,Polis Kelantan sudah mengeluarkan sebanyak 75 kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP dalam tempoh seminggu apabila bermain banjir ketika negara sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, beliau memohon orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP meskipun berlaku kejadian banjir di kebanyakan tempat di negeri ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI