fbpx

Budak 10 tahun masuk ICU telinga dipukul guru tuisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Mumbai. - Hindustan Times

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di India selepas telinganya dipukul oleh seorang guru tuisyen sehingga mengakibatkan komplikasi kesihatan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di Palghar, negeri Maharashtra pada 7 Oktober lalu. 

Seorang pegawai polis berkata, mangsa rebah seminggu selepas telinganya dipukul oleh guru tuisyen terbabit dan kini dirawat di sebuah hospital di Mumbai. 

“Guru tuisyen berusia 20 tahun itu memukul telinga mangsa dengan teruk, menyebabkan dia tidak dapat mendengar sebelum mengalami komplikasi kesihatan yang lain. 

“Dia dimasukkan ke hospital tempatan tetapi dipindahkan ke kemudahan perubatan di Mumbai. 

“Gadis itu masih belum sedarkan diri,” tambahnya. 

Siasatan lanjut sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI