fbpx

Baki ahli GISBH akan didakwa selepas siasatan selesai- Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan mereka kini masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mendakwa individu berkenaan setelah siasatan selesai.

“Secara keseluruhannya, kita telah tangkap 60 individu dan diletakkan di bawah SOSMA. Namun, selepas berurusan dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), kita dapat menuduh 22 orang hari ini.

“Baki (yang ditahan bawah SOSMA), yang mana belum habis lagi (siasatan), kita buat siasatan lanjut, (tempoh tahanan) SOSMA kita panjang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pengikutnya didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020.

Selain Nasiruddin, 65, turut didakwa isterinya, Datin Azura Md Yusof, 57, dan seorang anak bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi Asa’ari, 32. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI