fbpx

Pemegang saham Glomac luluskan dividen akhir 1.25 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FD Iskandar (tengah) pada sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-40 Glomac Berhad, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pemegang saham Glomac Berhad (Glomac) meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Glomac ke-40, hari ini.

Menurutnya, ia menterjemahkan kepada hasil dividen kira-kira 3.1 peratus berdasarkan harga penutup 40 sen pada 30 April 2024.

“Alhamdulillah, AGM berlangsung dengan lancar. Kita cadang dan pemegang saham bersetuju dengan dividen akhir 1.25 sen.

“Glomac telah disenaraikan (Bursa Malaysia) sejak 2000 dan setiap tahun kita berjaya meraih keuntungan, walaupun ketika negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2021, tetapi Glomac tetap untung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan ke-40 di Menara Glomac, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, bagi tahun kewangan 2024, Glomac berjaya mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM267.6 juta.

“Ini disumbangkan oleh kemajuan pembinaan di pembangunan perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama dan Saujana Perdana selain Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences merupakan dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Petaling Jaya.

“Keuntungan sebelum cukai merekodkan sebanyak RM32.9 juta manakala keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat ialah RM23.6 juta,” ujarnya.

Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, Glomac bersedia memacu jualan dengan rangkaian produk baharu bernilai RM460 juta terdiri daripada hartanah kediaman dan komersial bagi tahun kewangan 2025.

“Ia menampilkan fasa baharu rumah dua tingkat dalam pembangunan perbandaran Glomac di Serai@SBR, Saujana KLIA dan Saujana Jaya di Kulai, Johor.

“Fasa pertama telah dilancarkan pada akhir Ogos 2024 dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM66 juta selain menyaksikan permintaan dan pendaftaraan yang kukuh,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, dengan rizab modal yang besar, Glomac mempunyai kapasiti untuk terus menguasai portolio bank tanah yang terletak di lokasi strategik dengan GDV kira-kira RM7 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI