fbpx

Perluas TVET untuk lahir tenaga kerja mahir – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan melawat reruai pameran pada Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2024 dan BuildXpo 2024, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa, hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZONKOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memperluaskan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan tenaga kerja tempatan dilengkapi serta mahir untuk mengendalikan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menyedari bahawa kemajuan teknologi sahaja tidak mencukupi dan mengakui kekurangan buruh mahir, kerajaan komited menangani perkara ini melalui program latihan yang mantap dan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran pekerja.

“Sehingga September lalu, lebih 1.12 juta pekerja telah didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Ini membuktikan tahap tenaga kerja profesional semakin bertambah.

“Ini adalah cara Malaysia untuk terus memenuhi permintaan pekerja mahir yang semakin meningkat ketika ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian International Construction Week (ICW) dan BuildXpo2024, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau itu telah dibacakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, IWK yang bertemakan “Envisioning the Future of Construction” tahun ini bukan sahaja tepat pada masanya tetapi juga sebagai seruan untuk memanfaatkan peluang besar bagi sektor pembinaan tempatan serta perkembangan ekonomi yang lebih meluas.

Beliau berkata, dunia kini berada di puncak era baharu dalam pembinaan yang mana pendigitalan, kemampanan dan kerjasama akan menjadi pemacu utama kejayaan.

“Bersama-sama kita boleh memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai peneraju pembinaan di rantau ini, malah tidak mustahil muncul sebagai kuasa global dalam pembinaan serta sebagai penanda aras dalam inovasi pembinaan,” kata Anwar.

Acara yang berlangsung selama tiga hari itu yang bermula pada semalam telah dianjurkan oleh CIDB Malaysia, Kementerian Kerja Raya dan Qube Integrated dan dijangka menarik 15,000 pengunjung termasuk pemain industri dan inovator. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI